Saturday, July 18, 2009

PPSMI dimansuhkan akhirnya

Akhirnya setelah 6 tahun dilaksanakan dan sentiasa dilanda konstroversi maka kahirnya PPSMI ( Teaching and Learning of Science and Mathematics in English) dimansuhkan juga. Pemansuhan lengkap akan berlaku pada tahun 2012 nanti. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan program latihan guru-guru sains maka saya menyokong tindakan yang telah diambil oleh KPM. Ramai yang telah menjangkakan bahawa kerajaan akan mengenepikan PPSMI dan itulah yang berlaku. Persoalannya adakah ianya satu keputusan yang betul. Jika TPM mahu perkara PPSMI ini selesai selepas beliau memgumumkan keptusan kerajaan maka itu tidak berlaku. Polimik tentang terus menerus berlaku dan kali ini ianya diterajui oleh Tun Mahathir sendiri, insan yang telah menolak pelaksanaannya dahulu. Namun begitu ramai juga yang beranggapan bahawa kerajaan memansuhkan PPSMI kerana tertekan dengan tuntutan orang-orang Melayu sendiri.

Namun apa jua alasannya, pada pandangan saya PPSMI perlu dimansuhkan kerana ia adalah satu program yang gagal dan tidak nampak usaha yang bersungguh oleh mereka yang melaksanakannya terutama guru-guru sains untuk memastikan ianya berjaya. Selama 6 tahun, kebanyakan guru tidak dapat mengajar 100% dalam Bahasa Inggeris. Terdapat banyak sebab mereka bertindak demikian termasuklah kurang kemahiran, hinggalah kepada pelajar yang tidak dapat memahami isi kandungan apabila diajar 100% dalam bahasa Inggeris.

Jika ingin pro-PPSMI elok ke sini http://chedet.co.cc/chedetblog/ DAN jika ingin anti-PPSMI elok pula ke sini http://profabdullah1.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment

Mind your language and no sensitive comments. Thanks.