Dr. Asri jangan ceburi politik - Zulkifli Noordin
KUALA LUMPUR 9 Nov. — Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini meminta bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin supaya tidak menyertai sebarang parti politik untuk menyebarkan dakwah.
Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau yakin bahawa Dr. Mohd. Asri tidak akan menghadapi halangan dalam menyebarkan dakwah keagamaan ekoran kedudukannya yang diterima ramai sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
"Saya berpendapat bahawa Dr. Asri ini sudah sampai ke peringkat melangkaui politik partisan. Kedudukan dia diterima oleh masyarakat dari semua peringkat.
Saya kira lebih sesuai Dr. Asri main peranan sebagai ulamak non-partisan.
"Dakwah dia itu akan lebih efektif kalau dia kekal dalam kedudukan sekarang (tidak berparti)..sebab dalam politik ini banyak kompromi, banyak konsesi dan dia lebih sesuai dalam keadaan sekarang,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Mind your language and no sensitive comments. Thanks.