Saturday, July 02, 2011

Saya nak tergelak tengok mereka...macam budak-budak – Shahrir Samad

Saya nak tergelak tengok mereka...macam budak-budak – Shahrir Samad

alt

Banyak orang mungkin sudah lupa bahawa warna kuning cukup sentimental bagi Ahli Parlimen BN-Johor Bharu,Datuk Shahrir Samad.

Sebab itu beliau jadi ‘sakit mata’ tengok gelagat ahli parlimen pakatan pembangkang termasuk adiknya sendiri dari PAS-Shah Alam, Khalid Samad pakai warna kuning ke sidang Dewan Rakyat pada hari Khamis.

Ini gara-gara mereka nak tunjuk solidariti mereka kepada rancangan perhimpunan Bersih 9 Julai yang hangat jadi isu sekarang.

Pada tahun 1988 Shahrir bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen Johor Bharu. Lambang yang beliau gunakan ialah cap tiga kunci dan warna rasmi kempennya ialah KUNING.

Ketika itu beliau seorang diri berdepan dengan bala jentera BN yang kuat. Namun beliau menang dengan majoriti lebih 12,000 undi.

Beliau mencatat sejarah tersendiri sebagai satu-satunya yang menang bertanding atas tiket calon bebas di kerusi Parlimen Johor Bharu.

Juga jangan lupa Shahrir juga adalah otai@orang lama di Dewan Rakyat. Beliau kini adalah ahli parlimen BN kedua paling senior selepas Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang.)

Juga dari sudut politik Johor Bharu sehingga kini sinionim dengan Shahrir.

Biasanya sepanjang sidang Dewan Rakyat beliau jarang mahu komen tentang tindak tanduk pembangkang yang buat macam-macam karenah.

Namun sepanjang sidang Khamis yang merupakan hari akhir sesi Parlimen kali ini beliau nampak ‘ geram sikit’.

alt

Ketika sidang hendak mula pada sebelah pagi kelihatan para ahli parlimen pakatan pembangkang sampai dengan macam-macam pakaian kuning. Kebanyakanya yang lelaki pakai tali leher kuning. Ada yang pakai t-shirt kuning dengan kot.

Mereka berlegar di lobi parlimen dan bergaya depan para wartawan dan jurugambar.

“Saya rasa nak tergelak tengok mereka...macam budak-budak,” kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini ketika bersembang dengan Agendadaily di ruang rehat ahli parlimen.

Katanya waktu bertanding sebagai calon bebas menentang BN dulu beliau tidak pernah langsung bertanya atau mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya ini adil ke tidak.

“Saya letakkan nasib saya sepenuhnya kepada para pengundi Johor Bharu...tak ada nak berarak...tak ada nak protes kepada SPR...tak ada nak tuduh proses pilihanraya tak bersih...tak betul.

“ Ini kerana saya yakin dengan sokongan rakyat terhadap perjuangan saya...saya letak jawatan dan bertanding semula sebagai calon bebas...saya guna warna kuning.

“Jadi hari ini yang pakai baju kuning ni saya rasa mereka tak layak...pasal semua bukan jantan...bukan berani...nak komplen pasal SPR...nak komplen tak adil ..tak bersih kononnya...

alt

“kalau kita yakin sokongan rakyat..kita letak jawatan...panggil pilihanraya semula bagi negeri Selangor (misalnya)...ni nak pergi mesyuarat Exco pakai baju kuning..nak pergi Dewan Rakyat pakai baju kuning...nak pergi mesyuarat majlis perbandaran pakai baju kuning...apa ni.

“Kalau berani bubar dewan (negeri yang dikuasai pakatan pembangkang) ..panggil pilihanraya...ini kalau mereka ada keyakinan pada sokongan rakyat....jangan nak kata ini SPR tak adil..SPR tak betul....saya bertanding seorang diri...tak ada pun tuntut SPR tak adil..."

Baginya ini semua helah orang yang tidak ada kewibawaan dan tidak percaya kepada perjuangan dan sokongan rakyat.

“Itu sebab saya ketawa tengok ahli parlimen pakatan pakai baju kuning...kononnya handal...ini semua sembunyi belakang ketakutan diri sendiri...nak menyalahkan orang.

“Kalau kita betul orang sokong kita...kita tak payah nak berarak...nak pakai baju kuning...kita bubarkan dewan serahkan diri kita kepada penentuan rakyat.”tegasnya.-30/6/2011-

1 comment:

Mind your language and no sensitive comments. Thanks.