Sunday, August 14, 2011

REXY JANJI LAGI !! TUKAR !!! RAZIF MANA KAU?

Misi baru Rexy


 

     

 
REXY Mainaky berjanji akan menamatkan kemelut menyelubungi persembahan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong daripada berpanjangan dengan memberi fokus untuk menyiapkan mereka bagi menghadapi Sukan Olimpik, tahun depan.

Kegagalan Kien Keat-Boon Heong yang muncul naib juara di Paris tahun lalu, di suku akhir Kejohanan Dunia, kelmarin, mengundang tekad jurulatih beregu itu untuk merancang semula hala tuju anak didiknya itu.


Sambil mengakui yang pemainnya itu masih kekurangan dari banyak segi, Rexy berkata, masalah utama Kien Keat-Boon Heong adalah ketika berdepan gandingan kedua berbanding pasangan utama negara yang kuat dalam acara beregu.

Menurutnya, Kean Kiat-Boon Heong tidak kisah jika bertemu pasangan utama dari China, Cai Yun-Fu Haifeng, Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark), Lee Yong Dae-Jung Jae Sung (Korea) kerana mereka berupaya menangani lawan. Jika tewas sekalipun, menurutnya, saingan pasti sengit.


"Masalah mereka mungkin ketahanan mental. Tapi, hakikatnya, beregu kedua itu yang memang sering menimbulkan masalah buat Koo dan Tan. Mereka bagaikan tidak tahu bagaimana hendak menewaskan lawan.


"Itu yang berlaku apabila mereka tidak boleh menewaskan Ko (Shun-hyun) dan Yoo (Yeon Seong) sedangkan mereka sekadar beregu kedua Korea. "Kini, tanggungjawab saya untuk duduk semula dengan semua pihak bagi mencari jalan bagaimana Koo dan Tan boleh keluar daripada masalah ini kerana Olimpik sudah tidak lama lagi," katanya.

Setahun selepas Rexy mengendalikan skuad beregu negara pada 2006, Kien Keat-Boon Heong begitu menyerlah sebelum prestasi merudum pada 2008 dan 2009 dan bangkit semula pada 2010.



 

No comments:

Post a Comment

Mind your language and no sensitive comments. Thanks.