Friday, July 31, 2009

Subra yang mana satu masuk PKR?

Dua minggu lepas, bekas orang kuat MCA, Dato' Chua Jui Meng telah menyertai PKR setelah beberapa berdolak-dalik..

Minggu lepas, seorang lagi bekas orang kuat parti kali ini daripada MIC juga turut menyertai PKR. Tetapi ramai yang keliru apabila mendengar "lompatan" kedua kerana di dalam MIC terdapat beberapa orang kuat yang juga bernama Subramanian.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila orang ramai menyangkakan Dato' S. Subramanian iaitu bekas Timbalan Presiden (gambar kiri) orang yang dimaksudkan tetapi beliau masih lagi dalam MIC dan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden kelak. Seorang lagi adalah Dr. S. Subramanian iaitu Menteri Sumber Manusia sekarang (Gambar kanan). Ada lagi tetapi mungkin tidak kuat sangat.

Jika anda ingin tahu Subramanian yang sebenar , boleh lihat video di bawah.

Thursday, July 30, 2009

H1N1 menular ke seluruh negara1

Wabak H1N1 yang mula merebak tanpa kaedah piawai dari pihak berkuasa untuk mengawalnya telah meragut 4 nyawa. Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah rakyat Malaysia masih tidak sedar dan faham akibat jika wabak H1N1 ini tidak dibendung sepenuhnya. Pada masa ini beberapa IPTA seperti UiTM, USM dan UPSI telah pun ditutup setelah pelajar2 mereka positif H1N1. Penutupan adalah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Tapi adakah ini satu cara membendung atau hanya membantu penularan lebih pantas?

Dapatkah penutupan IPTA ini dapat menghalang H1N1 daripada merebak? Ramai yang bertanya apabila pelajar2 kembali ke kampung siapa yang akan memantau mereka. Membenarkan mereka pulang ke kampung akan membantu penularan berlaku dengan lebih cepat. Kem. Kesihatan telah meminta semua pelajar berkenaan supaya membuat pemantauan kendiri tapi pastikah kita mereka mampu dan berpengetahuan melakukannya?

Pergerakan di sempadan keluar masuk rakyat dan pelancung pula semacam tiada kawalan. Apa yang berlaku?



Tuesday, July 28, 2009

Mereka juga rasis – Dr. Mahathir

“ KAMPALA 27 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, mereka yang menuduh beliau rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis. -

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan tidak terkejut dengan tuduhan tersebut ekoran tulisannya dalam blognya Che Det yang bertajuk ‘Kaki Dalam Kasut’ kerana dirinya pernah dicap sebagai ‘pelampau Melayu’ oleh golongan yang sama sebelum beliau menjadi perdana menteri “- (Dalam Utusan Malaysia 28 Julai 2009)

Saya sentiasa mengikuti blog Tun dan saya ada perasaan benci-suka (love-hate) dengan setiap tulisan beliau. Tetapi pandangan yang mengatakan beliau seorang rasis saya kira agak melampau. Saya sangat bersetuju dengan Tun apabila beliau mengatakan mereka yang menuduh beliau rasis adalah sebenar seorang rasis juga.. “What you said is who you are!”

Di Malaysia semua orang adalah rasis. Tiada seorang pun yang tidak rasis kerana setiap orang akan sentiasa memberi kelebihan pada bangsa atau golongan mereka.

Kita juga lihat dalam arena politik, banyak parti yang mengatakan mereka parti pelbagai kaum. Tetapi lihatlah keanggotaan dan perjuangan mereka. DAP atau Gerakan misalnya adalah parti orang Cina, PPP adalah parti India, PAS adalah parti Melayu dan PKR juga parti Melayu. Mungkin adalah dua tiga orang yang bukan bangsa berkenaan dalam parti tetapi mereka selalu disogokan dengan kedudukan supaya parti berkenaan nampak seperti pelbagai kaum.

Parti yang tidak rasis hanyalah parti taperware yang sering aruah emak saya pergi.

Monday, July 27, 2009

We will miss you Yasmin Ahmad

Puan Yasmin Ahmad passed away yesterday. Her unexpected demise has shocked all of us. We will miss her as a person who was able to break the racial barrier within the Malaysian film industry where Malay films are always considered Malaysian but not the others. Her "Sepet" for example is a film for all Malaysian. It is a revelation and a learning experience for Bangsa Malaysian. It is a 1Malaysia well before our PM came up with it.

In her lifetime, she have always been a controversial figure because she speak with frankness without any ulterior motive - politically or monetary. She will be remembered for her films and her heart-warming advertisement especially the Hari Kebangsaan ad. which touch us all no matter who we are or where we comes from, she make us all the same.

Al- Fatihah and May Allah Blessed her ... Amin.

Sunday, July 19, 2009

MU to play Malaysia again!








Unbelievable that Malaysia get to see MU in action one more time here although I would prefer Liverpool but having Owen sort of make up some of the disappointment. The bombings in Jakarta were the reason for this change of plan and MU refuse to fly into Jakarta for safety reason and nothing else.

I hope that the Indonesian who have never appreciate being second placed to Malaysia will not blamed this latest turn of event to us Malaysian although Noordin Mohd Top is Malaysian but we are not sure if he's the culprit yet. Indonesian has always hated everything about Malaysia even though many of their citizens are here either legally or otherwise.

As for the Malaysian team (or maybe having some Indonesian players would be a good idea) will not let us down. They have to show MU that the first game is no fluke and they can really play football. Who knows, Alex Ferguson might pick one or two for trial at MU. Hard luck, no chance.

Go Malaysia! And for the FAM President .. Please do something to the league. Having top teams in Malaysia is not enough. Make Malaysia football shine one more time, many times over!

Saturday, July 18, 2009

PPSMI dimansuhkan akhirnya

Akhirnya setelah 6 tahun dilaksanakan dan sentiasa dilanda konstroversi maka kahirnya PPSMI ( Teaching and Learning of Science and Mathematics in English) dimansuhkan juga. Pemansuhan lengkap akan berlaku pada tahun 2012 nanti. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dengan program latihan guru-guru sains maka saya menyokong tindakan yang telah diambil oleh KPM. Ramai yang telah menjangkakan bahawa kerajaan akan mengenepikan PPSMI dan itulah yang berlaku. Persoalannya adakah ianya satu keputusan yang betul. Jika TPM mahu perkara PPSMI ini selesai selepas beliau memgumumkan keptusan kerajaan maka itu tidak berlaku. Polimik tentang terus menerus berlaku dan kali ini ianya diterajui oleh Tun Mahathir sendiri, insan yang telah menolak pelaksanaannya dahulu. Namun begitu ramai juga yang beranggapan bahawa kerajaan memansuhkan PPSMI kerana tertekan dengan tuntutan orang-orang Melayu sendiri.

Namun apa jua alasannya, pada pandangan saya PPSMI perlu dimansuhkan kerana ia adalah satu program yang gagal dan tidak nampak usaha yang bersungguh oleh mereka yang melaksanakannya terutama guru-guru sains untuk memastikan ianya berjaya. Selama 6 tahun, kebanyakan guru tidak dapat mengajar 100% dalam Bahasa Inggeris. Terdapat banyak sebab mereka bertindak demikian termasuklah kurang kemahiran, hinggalah kepada pelajar yang tidak dapat memahami isi kandungan apabila diajar 100% dalam bahasa Inggeris.

Jika ingin pro-PPSMI elok ke sini http://chedet.co.cc/chedetblog/ DAN jika ingin anti-PPSMI elok pula ke sini http://profabdullah1.wordpress.com/

Thursday, July 16, 2009

Manik Urai

Sudah agak lama juga saya tidak menulis di blog kerdil ini tetapi keputusan piliharaya kecil Manik Urai tempoh membuat saya berdetik untuk menulis sesuatu tentangnya. Ini adalah kerana walaupun BN mengalami kekalahan di Manik Urai tetapi nampaknya puak-puak UMNO sangat berpuas hati kerana telah dapat mengecilkan majoriti yang diperolehi oleh PAS dalam pemilihan umum terdahulu. Dan bagi PAS pula, sudah semestinyalah mereka teramat sangat puas hati kerana berjaya mengekalkan kerusi di tangan mereka walaupun dengan majoriti yang kecil. Bak kata Tun Mahathir, kalau menang dengan kelebihan 1 undi sekalipun, ianya tentang dianggap kemenangan. Saya sendiri sangat suka melihat reaksi kedua-dua parti yang terlibat. Pada pandangan saya jika reaksi ini menjadi reaksi kita pada setiap kali pilihanraya alangkah bagusnya. Menang atau kalah semua puas hati dan tak payah gadoh-gadoh lagi.