Friday, August 07, 2009

Gula tak cukup ?

Kalau anda menaiki kereta dari Ipoh ke KL seperti saya 2 hari lepas dan singgah di bandar2 seperti Tapah, Slim River dan Tg Malim untuk membeli gula, jangan terkejut jika pekedai mengatakan "Gula tak ada! Dah 2 mungkin kami order tapi belum sampai lagi". Bukan saya ke KL untuk cari gula ada tujuan lain tetapi sengaja singgah kerana kedai mamak depan rumah dah tiada gula.

Saya saya hairan bagaimana jadi begitu. Ke mana pergi gula? Kita ada 2 kilang gula yang besar. Satu laporan TV mengatakan bahawa pekan2 di sempadan di utara mempunyai lambakan gula Malaysia yang banyak. Harganyalebih mahal daripada RM 1.50 di sini.

Apabila saya sampai di KL saya terus ke sebuah Mall terkenal dan di situ saya beli gula - 10 paket! Mana tahu entah bila akan ada gula di kedai mamak di depan saya itu. Ini bukan "panic buying" tapi apa hendak dikatakan.

Harap pihak yang berkenaan dapat mengawal perkara ini secepat mungkin. Cukuplah dengan H1Ni dan jerebu. Jangan ditambah satu lagi masalah.

No comments:

Post a Comment

Mind your language and no sensitive comments. Thanks.