Sunday, May 23, 2010

AF8 - masih ada peminat ke?



Juara AF8 sudah diketahui. Pelajar yang paling kanan di atas. Shahrir namaya. Saya sempat jugak menonton final. Anak sedang tengok maka kita tumpang sajalah. Lagipun Euro 2010 hanya bermula pukul 2.00 pagi.

Masih ada peminat ke lagi AF ini ? Rasanya masih ramai lagi walaupun dah masuk musim ke-8. Tengok sahaja lah berapa amai orang Melayu yang datang ke stadium. Bukan sahaja orang ramai tetapi artis-artis Melayu pun turut datang. Pemimpin Melayu mungkin tengok kat rumah sahaja dan mereka mungkin turut sokong AF ini.

Berapa banyak orang Melayu berbelanja untuk SMS AF ini ? Banyak mungkin. Seorang pendengar ERA mengatakan dia belanja RM200 untuk sms peserta yang dia sokong. Duit dia suka dia lah.

No comments:

Post a Comment

Mind your language and no sensitive comments. Thanks.