Tuesday, May 25, 2010

Apa kat Che Det?

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong gave a press conference after meeting at Shangri-La Hotel Monday. Both were looking at matters arising from the Points of Agreement (PoA) on Malayan railway land in Singapore which had long become the obstacles to their countries' good bilateral ties.

Sunday, May 23, 2010

Picking Miss Malaysia 2010 ....really ?

Tadi aku tertengok peringkat awal Miss Malaysia di TV. Adalah panel macam American idol. Calon2 yang berjaya ke next round diberi sekeping kertas mcm American idol. Calonnya pun biasalah.. orang itu saja. Sejak orang melayu islam diharamkan menyertai miss Malaysia .. tiada wakil Malaysia yang benar2 outstanding. Tak apa la tu.

Testing

AF8 - masih ada peminat ke?



Juara AF8 sudah diketahui. Pelajar yang paling kanan di atas. Shahrir namaya. Saya sempat jugak menonton final. Anak sedang tengok maka kita tumpang sajalah. Lagipun Euro 2010 hanya bermula pukul 2.00 pagi.

Masih ada peminat ke lagi AF ini ? Rasanya masih ramai lagi walaupun dah masuk musim ke-8. Tengok sahaja lah berapa amai orang Melayu yang datang ke stadium. Bukan sahaja orang ramai tetapi artis-artis Melayu pun turut datang. Pemimpin Melayu mungkin tengok kat rumah sahaja dan mereka mungkin turut sokong AF ini.

Berapa banyak orang Melayu berbelanja untuk SMS AF ini ? Banyak mungkin. Seorang pendengar ERA mengatakan dia belanja RM200 untuk sms peserta yang dia sokong. Duit dia suka dia lah.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Dari Filem - To Sir With Love


Diucapkan Selamat Hari Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979