Thursday, July 16, 2009

Manik Urai

Sudah agak lama juga saya tidak menulis di blog kerdil ini tetapi keputusan piliharaya kecil Manik Urai tempoh membuat saya berdetik untuk menulis sesuatu tentangnya. Ini adalah kerana walaupun BN mengalami kekalahan di Manik Urai tetapi nampaknya puak-puak UMNO sangat berpuas hati kerana telah dapat mengecilkan majoriti yang diperolehi oleh PAS dalam pemilihan umum terdahulu. Dan bagi PAS pula, sudah semestinyalah mereka teramat sangat puas hati kerana berjaya mengekalkan kerusi di tangan mereka walaupun dengan majoriti yang kecil. Bak kata Tun Mahathir, kalau menang dengan kelebihan 1 undi sekalipun, ianya tentang dianggap kemenangan. Saya sendiri sangat suka melihat reaksi kedua-dua parti yang terlibat. Pada pandangan saya jika reaksi ini menjadi reaksi kita pada setiap kali pilihanraya alangkah bagusnya. Menang atau kalah semua puas hati dan tak payah gadoh-gadoh lagi.

No comments:

Post a Comment

Mind your language and no sensitive comments. Thanks.