Tuesday, July 28, 2009

Mereka juga rasis – Dr. Mahathir

“ KAMPALA 27 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, mereka yang menuduh beliau rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis. -

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan tidak terkejut dengan tuduhan tersebut ekoran tulisannya dalam blognya Che Det yang bertajuk ‘Kaki Dalam Kasut’ kerana dirinya pernah dicap sebagai ‘pelampau Melayu’ oleh golongan yang sama sebelum beliau menjadi perdana menteri “- (Dalam Utusan Malaysia 28 Julai 2009)

Saya sentiasa mengikuti blog Tun dan saya ada perasaan benci-suka (love-hate) dengan setiap tulisan beliau. Tetapi pandangan yang mengatakan beliau seorang rasis saya kira agak melampau. Saya sangat bersetuju dengan Tun apabila beliau mengatakan mereka yang menuduh beliau rasis adalah sebenar seorang rasis juga.. “What you said is who you are!”

Di Malaysia semua orang adalah rasis. Tiada seorang pun yang tidak rasis kerana setiap orang akan sentiasa memberi kelebihan pada bangsa atau golongan mereka.

Kita juga lihat dalam arena politik, banyak parti yang mengatakan mereka parti pelbagai kaum. Tetapi lihatlah keanggotaan dan perjuangan mereka. DAP atau Gerakan misalnya adalah parti orang Cina, PPP adalah parti India, PAS adalah parti Melayu dan PKR juga parti Melayu. Mungkin adalah dua tiga orang yang bukan bangsa berkenaan dalam parti tetapi mereka selalu disogokan dengan kedudukan supaya parti berkenaan nampak seperti pelbagai kaum.

Parti yang tidak rasis hanyalah parti taperware yang sering aruah emak saya pergi.

No comments:

Post a Comment

Mind your language and no sensitive comments. Thanks.